Pro Golf
Primavoc Sdn Bhd · Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur, Malaysia
- Posted 7 days ago
About the Role
Ringkasan Jawatan :
Profesional Golf bertanggungjawab menyediakan latihan dan bimbingan golf yang berkualiti kepada pelanggan, ahli kelab dan pelajar golf. Jawatan ini melibatkan pengajaran teknik golf, pengurusan program latihan, penyeliaan aktiviti di lapang sasar (driving range), penganjuran kejohanan serta memastikan pengalaman pelanggan yang terbaik.
Tanggungjawab Utama
1. Latihan dan Bimbingan Golf
Mengendalikan kelas golf secara individu dan berkumpulan untuk pemain pelbagai peringkat kemahiran. Menyediakan pelan latihan yang bersesuaian mengikut keperluan dan tahap pemain. Memberi tunjuk ajar berkaitan teknik pukulan, peraturan permainan, etika golf dan strategi permainan. Menilai prestasi pemain serta memberikan maklum balas untuk penambahbaikan.
2. Operasi Golf
Membantu mengurus operasi harian akademi golf dan lapang sasar (driving range). Memastikan kemudahan latihan dan peralatan golf sentiasa berada dalam keadaan baik dan selamat digunakan. Membantu pelanggan dalam pemilihan serta penggunaan peralatan golf yang sesuai. Menyokong aktiviti promosi, klinik golf dan program pembangunan pemain.
Pay: From RM3,000.00 per month
Benefits:
Flexible schedule
Work Location: In person